KUALA LUMPUR: Gabenor Jeneral New Zealand, Dame Cindy Kiro melawat Kompleks Kraf Kuala Lumpur, di Jalan Conlay, di sini semalam bersempena lawatan negara selama empat hari ke Malaysia.
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke kompleks itu mengiringi Kiro yang tiba di lokasi lawatan kira-kira pukul 5.50 petang dan disambut Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, 'Ainu Sham Ramli.
Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang juga menteri pengiring semasa lawatan negara Kiro.
Kiro yang diiringi Raja Permaisuri Agong menyaksikan Pameran Koleksi Batik bertemakan "Sentuhan Permaisuri: Eksplorasi dan Eksperimentasi Batik Inderapura" yang mempamerkan 18 jenis koleksi batik hasil sentuhan Tunku Azizah.
Kemudian Tunku Azizah berkenan berangkat mengiringi Kiro melawat muzium kraf yang mempamerkan pelbagai seni kraf tempatan sebelum mengakhiri lawatan selama 90 minit di kompleks itu.
Kiro tiba di Malaysia pada Ahad bersama pasangannya, Dr Richard Davies dalam lawatan sulung ke negara ini dan Asia Tenggara sejak menjawat jawatan Gabenor Jeneral New Zealand pada 21 Okt 2021.
Lawatan negara Kiro ke Malaysia adalah atas jemputan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Kali terakhir New Zealand mengadakan lawatan peringkat ketua negara ke Malaysia adalah pada 5 hingga 8 Dis 2017 oleh Dame Patsy Reddy.
New Zealand merupakan rakan dagang kedua terbesar Malaysia di rantau Pasifik dengan jumlah dagangan keseluruhan bagi kedua-dua negara setakat Jun 2023 bernilai RM6.32 bilion (AS$1.42 bilion), meningkat 15.3 peratus berbanding RM5.48 bilion (AS$1.27 bilion) bagi tempoh sama pada 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 02 2023
Raja Permaisuri Agong berkenan melihat ruang pameran bersama Kiro di Muzium Kraf Jalan Conlay, Kuala Lumpur, pada Isnin. --fotoBERNAMA
Kes tembak KLIA: Sebutan semula kes Hafizul miliki senjata api 30 Jun ini
Hari ini ditetapkan untuk serahan dokumen kepada pihak pembelaan dan beliau memohon tarikh lain untuk sebutan kes berkenaan.
Olahraga Para Dunia: Muhammad Nazmi raih emas sulung di Jepun
Atlet olahraga negara Muhammad Nazmi Nasri meraih pingat emas acara lompat jauh T37 lelaki pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun hari ini.
Kerajaan belum tetap tarikh pelaksanaan penyasaran subsidi diesel - Armizan
Kerajaan belum menetapkan tarikh sebenar pelaksanaan penyasaran subsidi diesel meskipun secara prinsipnya ia akan dilaksanakan pada tahun ini.
Rekod dunia selesaikan kiub Rubik terpantas kini 0.305 saat
Hari ini Rekod Buku Guinness mengumumkan rekod dunia menyelesaikan kiub teka teki Rubik kini dipegang oleh Mitsubishi Electronics. Robot yang dihasilkan Mitsubishi menyelesaikan kiub dalam masa hanya
Penganjuran Aloha Party: Pemilik resort dikompaun RM25,000
Pemilik Summer Bay Resort di Pulau Lang Tengah yang menganjurkan parti liar 'Aloha Party' Isnin lepas dikenakan kompaun RM25,000.
Hubungan dingin AS-China: Malaysia ambil pendekatan ‘neutral’ - PM Anwar
Malaysia mengambil pendirian untuk tidak akan menyebelahi mana-mana pihak susulan ketegangan yang berlaku dalam hubungan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.
Pelajar IPTS maut jatuh dari tingkat 21 hotel
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahamd berkata, pelajar berusia 24 tahun itu maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di seluruh badan.
MOF mahu langkah berkaitan Pasaran LEAP baharu tersedia awal tahun depan
Kementerian Kewangan mengarahkan SC untuk menentuukur semula Pasaran LEAP bagi menangani isu akses pembiayaan terhadap PMKS dan syarikat peringkat pertengahan.
Duta Palestin ke PBB sambut baik keputusan ireland, Norway, Sepanyol iktiraf negara Palestin
Duta Palestin ke PBB Riyad Mansour menyambut baik keputusan Ireland, Norway dan Sepanyol pada Rabu untuk mengiktiraf negara Palestin.
Budaya mengkafir sesama Islam boleh datangkan kemusnahan dahsyat - Saifuddin
Perbuatan mengkafirkan sesama umat Islam adalah dilarang dengan sesiapa menuduh seorang Muslim sebagai kafir sewenangnya adalah perbuatan yang salah.
Gabenor Jeneral New Zealand lawat Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Tunku Azizah juga berkenan mengiringi Kiro melawat muzium kraf sebelum mengakhiri lawatan 90 minit di Kompleks Kraf Kuala Lumpur itu.
220 usahawan sertai 'Warna-warni Aidilfitri' pasarkan produk kraf untuk hari raya
100 usahawan menyertai promosi tersebut di Kompleks Kraf Kuala Lumpur manakala 120 lagi di lapan lokasi pusat beli-belah terpilih di beberapa negeri.